Ahad, 4 Julai 2010

aku dan kehidupan

Hari ni bumi melaka dilimpahi rahmat hujan dari-Nya...sejuk beb....huhuhu nk mandi pn mls rasanya....xda aktiviti yg boleh dilakukan olehku selain TIDUR...actually,jauh di sudut hati ini tersimpan perasaan yg bercampur baur...SEDIH,KECEWA,CEMBURU..semuanya menjadi satu...semuanya kerana salah aku sendiri..kwn2 aku semuanya sudah mendaftar di universiti masing-masing...UITM,UPSI,UNIMAS,UKM,UPM dn mcm2 lagi la uni kat Malaysia ni...tp aku??? aku still kt rumah...=( hanya kerana salah mengisi borang online upu,aku terkandas di Melaka lagi. Aku akui yg aku dapat dua tawaran sebelum ini tetapi semuanya aku tolak atas sebab alasan yg agak munasabah. first offer, Degree in Nursing di nun di Kelantan sana...wah,jauh aku tercampak kn...oleh sebab jarak yg agak jauh dan aku merupakan anak sulung, parents aku xbenarkan aku pergi..so,aku pn menolak dengan berat hatinya..xpelah,maybe ada rezeki lain untuk aku..then,aku pn teruskanlah bekerja di mahkota parade,syurga membeli-belah yg popular di Melaka ni..Hari semakin tiba untuk mengetahui keputusan permohonan melanjutkan pelajaran bagi program ijazah sarjana muda lepasan Matrikulasi..aku semakin berdebar...tetapi hari itu tiba jua..entah kenapa aku berasa tidak sedap hati pada masa itu tapi aku gagahkan jua untuk senyum dan berlagak seperti biasa..
setelah pulang dari bekerja, aku dengan rakusnya membuka netbook aku dan memeriksa laman web yang sepatutnya dan...setelah mencuba beberapa kali kerana line yg teramat busy..aku dapat memasuki link yg betul...dan terpaparnya ayat yg amat menyentap seluruh hati dan perasaanku...DUKACITA ANDA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA GAGAL MENDAPAT MANA-MANA TEMPAT DI IPTA..aku ingat aku hanya bermimpi..tetapi semua itu benar dan nyata..fuh,kecewanya aku masa tu hanya Dia yg mengetahuinya..sebak,takut,bermcm-mcm persaan menyelubungi..umi kesayanganku turut menunjukkan muka yg teramat kecewa dengan keputusan ini. Aku pasrah..Mungkin hanya ujian Allah buatku..aku boleh lagi tenang tetapi bila saja umi mengeluarkan satu ayat 'Dayah ok?' aku terus meraung dan menangis semahunya..sakit....sakit apabila kudrat yg selama ini aku curahkan untuk menuntut ilmu dan mendapat keputusan yg boleh dikatakan ok...CGPA 3.23 dengan gred chemistry yg cemerlang...dan akhirnya aku kecundang..aku dapat rasakan aku telah kalah..impian untuk menjadi guru Chemistry mengikuti jejak langkah guru kesayanganku tidak dapat aku tunaikan...tetapi mujur ada sahabat dan parents yg amat berfikiran terbuka..kepada Encik Mustafa,Pn Zainah dan Sofhi Hassan..terima kasih kerana memberi aku semangat dan motivasi...yg amat xternilai harganya...dan kini aku percaya rezeki aku akan tiba jua...sabar dan berserah kepada Dia itulah kuncinya..aku dan parents aku telah terbang ke UPSI dan bertanya di mana silapku...kami telah berusaha..membuat rayuan..dan sekarang hanya berharap kepada kuasa Yang Maha Esa..oh lupa..aku x cerita lagi tentang lelaki misteri yg aku cerita di post yg pertama semalam...aku rasa di lain waktu aku akan cerita semua itu...sweet memory..=)) ok..smpai disini saja..salam...

2 ulasan: