Selasa, 27 Julai 2010

aku mahasiswi UPSI

2nd day bergelar mahasiswi...huhu semalam,penat dan asyik sesat je...besar dan complicated susunan bangunan UPSI ni...tension aku..xmkn pn satu hari...resultnya,perut masuk angin,mule la dtg migrain aku dan muntah2..salah aku jugak cz xmkn....berjauhan dengan family dan si dia..aku mula rindu...tp apa bleh buat..terpaksa demi cita-cita..hanya air mata peneman setia...aku memg mcm ni..ntahla..nk kata xberdikari pn xjgk..tp aku memg xbleh berjauhan dgn org yg dekat ngan aku..klo cousin aku dtg rumah lama-lama n then blek semula pn aku akan terasa kehilangan dia...susah cmni...klo dulu msa kat matrik,setiap minggu umi dan abah bleh dtg melawat aku sbb dekat ngan rumah..40 minit da sampai...ni......silap2 3 jam setengah baru sampai tg malim ni..
aku kene dok umah sewa cz kolej kediaman da penuh. aku harap rakan sewa aku semua okey2 cz aku xpenah dok umah sewa pn sebelum ni..nasib baik pemilik rumah ni ade sediakan wifi..bolehla aku online hari2..hahaha panjang lagi perjalanan aku kt sini..aku harap semua berjalan dgn lancar..hari ni nisfu syaaban..semua ahli keluarga aku puase..aku ingtkan aku dpt la puase ngan dorg sekali...rupanya xdpt..=((
Ok....aku rase smpai sini je la ye..byk aku lom bereskan...td bru siap isi online PTPTN...byk lagi belom settle....untuk famili dan yg TERISTIMEWA, aku rindukan mereka sgt9!!!!!!!!!!!! infinity!

Jumaat, 23 Julai 2010

PUISI CINTA

Suaramu......
Gemersik bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu....
Menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
seindah bahasa
nak ku huraikan
nak ku belaikan dirimu
akan ku syairkan katamu
akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
puisi cinta.....

Penantian yg Membuahkan Hasil

da lama xupdate blog aku..rindu..hmm..lagi dua hari je aku tinggal kt bumi melaka ni..lusa aku akan memulakan episod baru hidupku sebagai mahasiswa..4 tahun pengajian..mcm lame lak rasenye..tp bila fikir2 balik, aku sekolah dulu lagi lama..tp aku rase cm sekejap sgt mse berlalu time tu..so,aku harap 4 tahun ni bukan masa yg lama..
aku bakal bergelar guru lagi 4 tahun..Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan Kepujian..hadiah untuk kedua ibu bapaku yg bersusah payah menjaga aku dari aku kecil smpai hari ini..TERIMA KASIH,UMI DAN ABAH...doakan dayah berjaya grad dan dayah nk umi dan abah menjadi tetamu menyaksikan dayah menerima segulung ijazah nnti..InsyaAllah..dan juga buat insan teristimewa di hatiku kini, aku harap dia sanggup menunggu aku walau banyak halangan mendatang..
Penat betul badan aku hari ini..mana taknya,banyak perkara yg aku bereskan..kena buat buku akaun Bank Islam, barang-barang keperluan dan mcm2 lagi...penat sgt2..tp ni lah pengorbanan yg aku harus bayar..aku harap pengorbanan aku ni berbaloi..walaupn xdpt beli brg secukupnya,tp aku puas..beli brg2 dengan menggunakan wang hasil gaji dari part-time work aku dlu..so, xperlu minta duit abah byk2..kesian abah,byk berhabis untuk aku..kalaulah kami dri keluarga yg senang...tp aku kena bersyukur...dan sebagai balasan untuk abah aku,aku kena buat dia gembira melihat kejayaanku....
Sedih nk meninggalkan org yg kita sayang...=( abah,umi,aula,abror,najla,atuf dan adik kecilku naeil batrisyia...walau aku seorang akak yg garang dn byk mulut..tp aku syg dorang semua...semua yg aku lontarkan kata-kata kt dorang..hanya sekadar dibibir...aku harap dorang xambil hati dengan semua bebelanku...dan sedih juga nk meninggalkan insan tersayang...xsempat nk sambut birthday dia..terkilan aku..tp apa bleh buat..
kepada semua yg menyayangiku....famili,si 'dia',kwn2 dan sesiapa jua...aku berjanji untuk tidak mempersia-siakan harapan kalian....doakan agar aku tetap menjadi diri aku...dan still berpijak di bumi yang nyata...Universiti Pendidikan Sultan Idris....aku datang!!!!

Sabtu, 17 Julai 2010

KepadaMu kekasih...

KEPADAMU KEKASIH

KepadaMu kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yg terlukis di cermin wajahku ini
Apa yg tersirat dihati
Bersama amali
KepadaMu kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerima ku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya kepadaMu kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yg belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu....
KepadaMu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dengan keadaan begini......

Khamis, 15 Julai 2010

KAU YANG TERSENDIRI

Kau Yang Tersendiri
Tika fajar menyinsing
Kau sendiri terasing
Merenung suria
Di pagi indah
Dengan mata berkaca
Kau bak sekuntum bunga
Di pinggir pergunungan
Tersisih sepi
Bersama mimpi
Yang tidak kesampaian
Kerendahan hatimu
Kerna menyedari kekurangan diri
Sehingga kau terlupa
Betapa luasnya
Dunia
Keistimewaanmu
Bagai mawar nan biru
Kau tersendiri
Suci berseri
Izinku menghampiri

Jumaat, 9 Julai 2010

di saat-saat akhir

sambungan cerita cintaku..=)

Tak tidur malam aku dibuatnya bila dpt something yg berharga dri someone yg aku minat selama ini....gambar itu aku tatap sebelum tidur..habis semua isi rumah aku cerita perihal gambar dan siapa gerangan yg memberinya. esok zirah dan fatin akan tiba di Melaka dan aku harus membawa dorg berjln2 di sekitar Melaka. aku mahu tidur awal mlm ini tetapi mataku tidak mahu lelap..kerana?? kerana 'abg botak' ku....


Yes!! berjalan-jalan aku hari ini..aku sudah merancang terlebih dulu ingin mengajak dorg ke mana. Setiba sahaja dorg ke Melaka, kitorg pergi ke Mahkota Parade cz zirah nk shopping kasut while fatin nk sibuk mencari something untuk bf nye..dan aku?? mana dtg nk bg bf...hahaha aku hnya sebagai co-pilot dorg untuk berjln sekitar melaka. scra tiba-tiba, aku terserempak dengan 'abg botak' yg sedang rounding di sekitar mp..adoi..ape yg dia buat disini..aku xtau cmna nk membuat reaksi muka..finally,hanya senyuman manis yg kuberikan kepadanya.. klau boleh aku nk je tegur or ckp 'thanks' atas pemberian dia semalam tp perkataan itu xterkeluar bila berhadapan dengannya..hanya debaran yg xterkira di hati..lub dab..lub dab..perghhhhh,lupakan kisah dia! selepas MP, kami pergi berjln2 di Jonker Walk untuk memenuhi hasrat Fatin yg teringin mau tau apa sebenarnya Jonker Walk tu..haha Then,dlm pukul 10 mlm,kami pn blik ke rumah..keesokan harinya,kami bertolak ke Kuala Lumpur.Tiba di Bukit Jalil..kwn aku,Alia yg menetap di USJ mengambil kami..Selepas itu, kami merayau-rayau di Sunway Pyramid..mcm-mcm yg kitorg borakkan..yelah, hampir 3 bulan tidak berjumpa..kalau dulu,tidur sebilik,makan sepinggan,semuanya bersama-sama....kitorg rindu saat-saat begitu..sampai di Sunway, kitorg mencari destinasi pertama yg sgt2 penting iaitu FOOD COURT..perut sudah mula berkeroncong hebat..destinasi makan kami adalah di restoran ayam penyet yg sememangnye mknn feveret aku di KMJ..then,kami bershopping di JJ, main Ice Skating dan akhirnya balik rumah dengan kepenatan..

Family Alia menyambut kedatangan kami bagaikan tetamu VIP..buat BBQ ayam, Garlic Bread,salad, dan akhirnya anggur sebagai pencuci mulut..Kenyang giler kami mlm tu..letak kepala kt bantal saja,aku terus??Zzzzzzz tido! Subuh pn sampai xtersedar..badan aku sakit giler lepas main ice skating tu..sumpah aku xkn main lagi..wat penat badan je..huh! Then, kami bertiga pn pulang ke Melaka. hmm..xde pape yg aku belikan untuk 'someone tu'. aku xtahu apa hadiah yg sesuai untuk dia..xpelah,aku ingat nk bagi sekeping card untuk dia je nnti waktu hari aku last keje kt situ..hanya tinggal 6 hari aku bekerja ditempat keje aku.Rasa sebak menyelinap dalam hati..Adakah aku telah jatuh cinta lagi??? oh,tidakk!!!!!!

menuju kejayaan =))

Pagi tadi kena bangun awal..adusss...mengantuk sih..umi kesayangan aku tak sihat..mabuk dan muntah-muntah..dia hanya ketawa bila aku kata 'nk dpt adik baru kot' oh,tidak!!!!!!!! cukuplah 5 org adik yg aku jaga sebelum ini...aku mahu rehat...hahahaha apa pun.hal itu mustahil untuk berlaku..dan hari ini,ada perkhabaran gembira untukku...Aku dapat capai target yg aku impikan dalam Malaysian University English Test (MUET) yg aku ambil pada MidYear lalu..walau xterlalu terror,at least aku xpayah nk mengulangi paper MUET yg menyesakkan kepala otak aku ni bila di universiti nnti...aku bleh grad dengan senang hati..yeahh!! ada jugak khabar gembira setelah aku melalui cerita duka sebelum ini..xsabar nk menunggu keputusan rayuan minggu depan..aku pasrah dengan apa yg Allah kurniakan kepada aku selepas ini..mungkin ada hikmah disebaliknya..mana-mana yg aku dpt selepas ini aku tetap akan pergi demi meneruskan perjuanganku setelah berjaya grad di matrikulasi..=P degree!!!! i'm still waiting for u...long time ago...until now...hope dpt kos yg aku inginkan...berkaitan Chemistry...Minggu depan gaji keluar...so, aku nk bershopping dan berjalan-jalan..hahaha sebelum pergi meninggalkan bumi Melaka yg tercinta ini,aku mahu makan angin disini..gaji oh gaji....di manakah dikau...aku rindu!!!!!!!

Khamis, 8 Julai 2010

si DIA

di suatu petang yg busy jugak la mse tu..aku nk kemas2 pulang ke rumah sbb aku kerja shift morning hari ini..then,secara tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang promoter bahagian ladies yg tiba-tiba datang ke arah aku.akak tu hulurkan sekeping kertas yg sudah dilipat-lipat mcm 'belacan'..hehehe "DAYAH,AMBIK NI...ADA ORG BAGI"..berdebar-debar pula aku masa tu..mcm nk ambil result SPM lagaknya..aku bertanya "SIAPA BAGI NI KAK?" dan kakak tu menjawab dengan spontannya "ABG BOTAK KAU YG BAGI". so,dengan serta-mertanya aku tau siapa kah gerangannya...hahaha 'someone' yg aku jmpa sebelum ini..lantas aku bukak kertas yg dilipat dengan kejamnya..'wah,nice!'bisik hati kecil aku..gambar aku dilukis menjadi gambar karikatur..xla sama 100 percent..tp 'cute' hahaha gambar aku berpakaian baju kerja..dan hatiku terus berbunga-bunga seindah taman tergantung babylon di negara mesir..apa aku merepek da....hahaha waktu sudah menunjukkan pukul 6. niat dihati ingin mengucapkan beribu terima kasih atas pemberian ini. tetapi aku xnmpak langsung kelibatnya..'xpelah, di hari lain aku masih boleh berterima kasih padanya' hatiku berkata-kata..esok aku mula cuti selama 3 hari kerana ingin mengikut 3 sahabatku ke subang jaya..arghhhhhh...beerti selama 3 hari aku tidak akan bertemu dgn 'abg botakku'...rindu mula menyelinap dihati..selepas punch card,aku bergerak menuju ke arah ayah aku yg setia menunggu diri ini setiap masa.. 'selamat tinggal abg botak,3 hari lagi kita bertemu!!!!!!!!!!!'

So,ni adalah kesinambungan dari cerita aku sebelum ini. GOOD NEWS today, aku dpt surat tawaran dari pihak UniKL.aku ditawarkan dlm kos BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY(HONS) IN FOOD...interesting kn? tp as usual, parents aku mcm x bagi je..lagipun xsempat nk siapkan semuanya dalam masa 3 hari..huh..kenapa la cepat sgt hari pendaftarannya..so, as a result, aku menolak tawaran ini dengan serta-mertanya..termasuk ni, dah 3 uni da yg aku tolak..firstly,USM second,UITM n the latest is UniKL..entah u apa pula yg aku dpt lepas ni..btw, hari ini aku dapat satu ayat yg indah sgt..ayat ini dipetik dari filem dan novel yg famous sekali di Indonesia dan Malaysia..AYAT-AYAT CINTA...

"SETIAP ORANG ADA JODOHNYA, MACAM SUNGAI NIL DAN MESIR...KALAU TIDAK ADA SUNGAI NIL...TIDAK ADA LA KOTA PERADABAN MESIR"

salam semua..=))

Isnin, 5 Julai 2010

penantian yg menyeksakan...

ermmm..baru balik dari ayer keroh td...hahaha saja ikut ayah berjln-jln..selepas tu, pergi pekena cendol dgn apam balik kat ayer molek..memang terbaik la cendol nye...hahaha entahla...aku boleh tunjukkan yg aku happy,xda masalah apa-apa....tp hanya ada seorang insan je yg tahu yg aku sebenarnya berselindung dengan muka yg happy ini disebalik hatiku yg kecewa,sedih dan mcm-mcm lagi..siapa lagi klau bukan umiku yg tercinta ini..aku tahu dia risau dengan perubahan sikapku yg xseriang dulu..mesej dari umi yg aku terima pagi tadi menambahkan rasa sebak dalam hati aku..'DAYAH SABAR YA,UMI PASTI NNTI PASTI ADA HARI YG BAHAGIA BUAT DAYAH..' itulah cara kami berinteraksi klau ada masalah apa-apa..menggunakan sms sja..walaupun kami tinggal serumah..umi memg mcm itu..dia sendiri kata klau berckp secara individu,dia hanya akan mengalirkan airmata..begitulah umi aku...sensitif..
Sedar tidak sedar,hanya tinggal seminggu lebih untuk mengetahui keputusan rayuan yg aku buat hari tu..benar ckp org..'PENANTIAN ITU MENYEKSAKAN'..aku sendiri mengalaminya..kwn-kwn hanya boleh mengucapkan perkataan 'SABAR','ADA REZEKI NNTI'...dan mcm-mcm lagi..tp aku yg merasai kepedihan itu..entah kenapa,hari ini aku terasa yg aku semakin 'give up' dengan semua ini..Tapi bila melihat insan-insan yg aku syg..aku xsanggup untuk menyerah mcm tu saja..mereka byk berkorban demi masa depan aku..parents aku,mentorku ketika di matrikulasi dlu,room mates..begitu ambil berat tentang aku..mereka xnk lihat aku sedih berterusan..kerana mereka tahu aku bukan org yg cepat berputus asa..Ya Allah,aku mohon kekuatan untuk aku harungi apa sahaja dugaan yg mendatang..sesungguhnya hambaMu yg lemah ini xberdaya menangani ujian dariMu yg hebat ini..
Kita tinggalkan cerita duka ini...aku nk cerita perihal someone yg pernah aku cerita di post aku yg pertama..selepas aku bertentangan mata dengannya hari itu..aku sentiasa teringat wajahnya..so, bermcm2 soalan la yg terbit di hati aku..siapa dia? dia bekerja di department mna? dah kahwin ke? hahahaha semuanya hanya aku tanya dlm hatiku sendiri..then, selepas beberapa hari, promoter2 dikehendaki mengemas tmpat masing-masing di fair yg berada di tengah-tengah pusat membeli belah itu bagi sesi penutupan sale. 'someone' itu muncul kembali...Dia tolong kami mengemas semua peralatan di situ..tiba-tiba mata kami bertembung dan dia melemparkan senyuman kepadaku...dan aku sambutnya dengan senyuman seikhlas yg mungkin..sedang sibuk mengemas,dia bertanya kepada fulltime promoter aku yg kebetulan menolong kami mengemas..aku xberapa dengar apa yg mereka bualkan tetapi yg aku pasti dia mengucapkan ayat ini 'NI PART-TIME PROMOTER AKAK KE? MCM MANA EA BENTUK BIBIR DIA..SAYA TGOK BIBIR DIA MCM SENYUM JE..MEMG MCM TU KOT AGAKNYA.MUKA DIA MUKA KESIAN KAN,KAK..AKAK PERNAH MARAH DIA? AKAK MESTI XSAMPAI HATI KAN NK MARAH DIA' dia disitu merujuk kearah diriku..merah padam muka aku menahan malu..'dia kata muka aku muka kesian??' kurang asam betul mamat ni...tapi aku just senyum sambil meng'cover'kan diri aku yg mula merah padam ini..selesai mengemas, aku pun balik ke rumah dengan hati yg penuh dengan bunga-bunga cinta...hahahahaha tak tahu nama pun takpa lah..sekurang-kurangnya mamat tu perasan dengan kehadiran diriku selama ini..nk tahu lebih lanjut apa yg berlaku selanjutnya??? tunggu.....=)) see u...

Ahad, 4 Julai 2010

aku dan kehidupan

Hari ni bumi melaka dilimpahi rahmat hujan dari-Nya...sejuk beb....huhuhu nk mandi pn mls rasanya....xda aktiviti yg boleh dilakukan olehku selain TIDUR...actually,jauh di sudut hati ini tersimpan perasaan yg bercampur baur...SEDIH,KECEWA,CEMBURU..semuanya menjadi satu...semuanya kerana salah aku sendiri..kwn2 aku semuanya sudah mendaftar di universiti masing-masing...UITM,UPSI,UNIMAS,UKM,UPM dn mcm2 lagi la uni kat Malaysia ni...tp aku??? aku still kt rumah...=( hanya kerana salah mengisi borang online upu,aku terkandas di Melaka lagi. Aku akui yg aku dapat dua tawaran sebelum ini tetapi semuanya aku tolak atas sebab alasan yg agak munasabah. first offer, Degree in Nursing di nun di Kelantan sana...wah,jauh aku tercampak kn...oleh sebab jarak yg agak jauh dan aku merupakan anak sulung, parents aku xbenarkan aku pergi..so,aku pn menolak dengan berat hatinya..xpelah,maybe ada rezeki lain untuk aku..then,aku pn teruskanlah bekerja di mahkota parade,syurga membeli-belah yg popular di Melaka ni..Hari semakin tiba untuk mengetahui keputusan permohonan melanjutkan pelajaran bagi program ijazah sarjana muda lepasan Matrikulasi..aku semakin berdebar...tetapi hari itu tiba jua..entah kenapa aku berasa tidak sedap hati pada masa itu tapi aku gagahkan jua untuk senyum dan berlagak seperti biasa..
setelah pulang dari bekerja, aku dengan rakusnya membuka netbook aku dan memeriksa laman web yang sepatutnya dan...setelah mencuba beberapa kali kerana line yg teramat busy..aku dapat memasuki link yg betul...dan terpaparnya ayat yg amat menyentap seluruh hati dan perasaanku...DUKACITA ANDA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA GAGAL MENDAPAT MANA-MANA TEMPAT DI IPTA..aku ingat aku hanya bermimpi..tetapi semua itu benar dan nyata..fuh,kecewanya aku masa tu hanya Dia yg mengetahuinya..sebak,takut,bermcm-mcm persaan menyelubungi..umi kesayanganku turut menunjukkan muka yg teramat kecewa dengan keputusan ini. Aku pasrah..Mungkin hanya ujian Allah buatku..aku boleh lagi tenang tetapi bila saja umi mengeluarkan satu ayat 'Dayah ok?' aku terus meraung dan menangis semahunya..sakit....sakit apabila kudrat yg selama ini aku curahkan untuk menuntut ilmu dan mendapat keputusan yg boleh dikatakan ok...CGPA 3.23 dengan gred chemistry yg cemerlang...dan akhirnya aku kecundang..aku dapat rasakan aku telah kalah..impian untuk menjadi guru Chemistry mengikuti jejak langkah guru kesayanganku tidak dapat aku tunaikan...tetapi mujur ada sahabat dan parents yg amat berfikiran terbuka..kepada Encik Mustafa,Pn Zainah dan Sofhi Hassan..terima kasih kerana memberi aku semangat dan motivasi...yg amat xternilai harganya...dan kini aku percaya rezeki aku akan tiba jua...sabar dan berserah kepada Dia itulah kuncinya..aku dan parents aku telah terbang ke UPSI dan bertanya di mana silapku...kami telah berusaha..membuat rayuan..dan sekarang hanya berharap kepada kuasa Yang Maha Esa..oh lupa..aku x cerita lagi tentang lelaki misteri yg aku cerita di post yg pertama semalam...aku rasa di lain waktu aku akan cerita semua itu...sweet memory..=)) ok..smpai disini saja..salam...

Sabtu, 3 Julai 2010

berbungaan di jantung hatiku..

salam...semua..this is my first trial untuk menulis blog aku sendiri...entah mcm mana,after baca blog kwn aku,tiba2 aku teringin nk menulis blog aku sendiri..kalau sebelum ini,aku lebih selesa menulis curahan perasaan aku pada sebuah buku yg aku anggap sebagai peneman kala aku sedih,gembira mahupun perasaan yg bercampur-baur, kali ini aku teringin menulis di sini...diri aku?? simple..aku anak sulung dari 6 org adik beradik, bru sahaja menamatkan pengajian di kolej matrikulasi tangkak,johor...so, kira aku still muda la kn..insyaAllah,sebulan lbih lagi,usiaku akan menginjak ke angka 19..hahaha
Oleh kerana bosan duduk di rumah, awal bulan 6 aku bekerja sebagai part time promoter di sebuah gedung membeli belah yg agak popular la di melaka ni..apa yg aku boleh katakan..byk dugaan yg aku tempuh semasa bekerja disana..amat mencabar emosi aku sebagai seorang remaja..mana tidaknya, dengan kerenah pelbagai ragam manusia..cerewet,mudah melenting,dan 'gatal' antara sikap2 yg harus aku hadapi..biasa la..insan yg bergelar lelaki sudah pastinya akan inginmendekati kaum wanita...dan aku salah seorang yg tidak terlepas dari mslah tu semua...but the most important is 'juz ignore them then they will give up finally'...hahaha bukan sombong, tp kita akan dpt meneka sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak ingin mengenali diri ini...=)
Nak dijadikan cerita, aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kaunter jenama tempat aku bekerja ketika ada 'fair' atau 'sale'..memang penat tp aku happy..sebab dari situ aku berpeluang melihat gelagat manusia yg bermcm-mcm..then,tiba2 ada seorg mamat ni lalu dihadapan aku...kenapa entah hati aku berdegap degup secara maksima nye...hahahaha aku pn buat la muka 'skema' aku dihadapannya..then, senyuman pn terukir di bibirnya..nice smile! cute! this is the only word that can describe him...dan hati aku pn tertanya2 siapakah gerangan lelaki tadi..nk tahu kesinambungannya??? nantikan ya!!!! hahaha