Khamis, 15 Julai 2010

KAU YANG TERSENDIRI

Kau Yang Tersendiri
Tika fajar menyinsing
Kau sendiri terasing
Merenung suria
Di pagi indah
Dengan mata berkaca
Kau bak sekuntum bunga
Di pinggir pergunungan
Tersisih sepi
Bersama mimpi
Yang tidak kesampaian
Kerendahan hatimu
Kerna menyedari kekurangan diri
Sehingga kau terlupa
Betapa luasnya
Dunia
Keistimewaanmu
Bagai mawar nan biru
Kau tersendiri
Suci berseri
Izinku menghampiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan